Thursday, January 15, 2009

Pengakap & Radio Amatur

Pengakap Muda

1. Mengetahui kod fonetik antarabangsa yang digunakan dalam siaran radio amatur.

2. (a) Menyimpan Buku Log dalam tempoh 3 bulan berkenaan dengan penerimaan berita dari 20 stesen amatur yang berlainan menunjukkan butir-butir seperti tarikh, masa, gelaran panggilan, kekuatan signal, pendengaran dan tempat.

(b) Membincangkan dengan Penilai pengalaman Pengakap sendiri berkenaan dengan menyimpan Log misalnya tentang alatan yang digunakan dan stesen yang jauh sekali dihubungi.

3. Membincangkan dengan Penilai kegunaan berbagai-bagai gelombang (frekuency bands). Mengetahui mana satu gelombang yang patut digunakan untuk menghubungi beberapa tempat yang dekat dan jauh pada waktu siang dan malam.

4. Menerangkan sekurang-kurangnya 10 jenis semboyan 'Q' antarabangsa.

5. Mengetahui peraturan yang dikeluarkan oleh MCMC / Jabatan Telekom berkenaan dengan sekatan menggunakan perkakas radio 'walkie-talkie'.

Tuesday, August 5, 2008

JOTA DAN JOTI

Jamboree On The Air (JOTA) telah berlangsung setiap tahun dan bagi seorang ahli Pengakap acara tersebut dinantikan. JOTA pertama yang saya hadiri dengan menggunakan callsign: 9M2AR. Tapi tak dapat pula nak ber QSO kerana ramai anak buah yang hadir. Itu dulu, kita dah ada RA bolehlah ber QSO.

JOTI baru sangat, tapi boleh la ber QSO. Kita sorang mestila tak menyeronokkan.

Di Alor Star tempoh hari telah dianjurkan JOTA Peringkat Kebangsaan, PPM Daerah Kota Setar bertindak sebagai penganjur. Ramai rakan RA hadir membantu, cuba lihat gambar di laman berikut: http://9w2cdr.blogspot.com/

Malang sekali JOTA peringkat Asia Pasifik tidak dapat kita ikuti kerana beberapa masalah teknikal. Macam mana dengan persiapan bagi Tahun 2009.